Pusat Internet Kampung Paya Mengkuang telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mula beroperasi pada 4 september 2014. Bagunan yang telah diduduki oleh Pusat Internet adalah dahulunya bagunan dewan orang ramai kampung paya mengkuang tetapi setelah mendapat persetujuan daripada JKKK kampung paya mengkuang dan pihak sepatutnya Pusat Internet juga telah diwujudkan di sini. Setelah di renovatekan menjadi Pusat Internet kini dewan orang ramai telah berubah ke satu tapak yang lain yang juga terletaknya berdekatan Pusat Internet juga. Kod tapak yang diberikan adalah K06C003 dan berkodinat N : 100-55038 , T: 05-85719 yang beralamat di Kampung Paya Mengkuang, Padang Lembu, 08300 Gurun, Kedah.
Terdapat dua orang pertugas yang telah di amanahkan untuk menjalankan kerja-kerja di Pusat Internet Kg Paya Mengkuang. Pusat Internet Kg Paya Mengkuang telah dirasmikan pada 06 Mei 2015 oleh Yg. Berbahagia Encik Mukhtar Bin Abd Rashid selaku Penghulu Daerah Mukin Ayer Puteh. Pusat Internet merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS). Projek ini telah dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi antaranya syarikat telekom malaysia (TM) dengan memfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar.
Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan pelan jalur lebar kebangsaan. Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.