KISAH KEJAYAAN Q4
NAMA | : NURUL DIYANA BINTI YUSOFF |
UMUR | : 23 TAHUN |
AHLI | : 9 MARCH 2015 |
LATAR BELAKANG
Puan Nurul Diyana merupakan seorang pengusaha pelbagai jenis roti. Beliau mengikuti jejak langkah ibunya sebagai seorang usahawan. Beliau merupakan seorang ibu tunggal di usia yang sangat muda. Namun beliau tidak mudah berputus asa untuk membina kerjaya. Beliau mendapat latihan pembuatan roti melalui bengkel yang dianjurkan oleh pihak kolej komuniti . Kini beliau mempunyai satu entiti perusahaan sendiri yang didaftarkan sebagai Permata Hati Diyana Enterprise.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet , Puan Diyana tidak mahir menggunakan kemudahan ICT kerana beliau tidak pernah mendapat pendedahan tentang ilmu ICT memandangkan beliau hanya mendapat pendidikan di tahap menengah sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Internet , Puan Diyana menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau mempelajari dan menambahkan pengetahuan dalam bidang ICT serta menjadikan Pusat Internet sebagai satu tempat penerimaan dan penyaluran informasi melalui e-kerajaan.
KISAH KEJAYAAN Q3
NAMA | : MUHAMMAD SYAWAL BIN ABDUL MAJID |
UMUR | : 22 TAHUN |
AHLI | : 3 FEBRUARI 2016 |
LATAR BELAKANG
Encik Syawal merupakan seorang jurujual (salesman) di sebuah syarikat yang bernama Al Haziq Venture yang beralamat di Taman Bertam Indah, Kepala Batas Pulau Pinang. Syarikat tersebut telah menyediakan perkhidmatan penjualan penapis air yang berjenama Bio Energy Water. Beliau telah berkecimpung dalam bidang menjadi jurual ini selama 3 tahun dan telah berjaya memajukan diri di dalam syarikat tersebut saban hari. Beliau sentiasa memcecah target yang diberikan setiap bulan bagi mengkaut keuntungan syarikat dan dirinya. Perniagaan ini telah dikenali di serata daerah utara ini. Beliau juga berjaya menjual produk beliau di serata kilang-kilang yang terdapat di Pulau Pinang.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Sebelum penglibatan dengan aktiviti dan program yang dijalankan oleh Pusat Internet , Encik Syawal hanya menggunakan namelist daripada pelanggannya sebagai rujukan untuk mencari pelanggan baru.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET
Selepas penglibatan dengan program-program dan aktiviti di Pusat Internet , beliau menjadikan Pusat Internet sebagai satu platform untuk beliau menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang ICT serta sebagai tempat untuk mempromosikan produk beliau di media-media sosial. Antara perkara yang dipelajarinya adalah :
- Mempelajari cara membuat pemasaran atas talian melalui facebook, whatsapp, serta My Shop dalam dashboard komuniti
- Mempelajari langkah membuat fliyers dan broucher
- Mempelajari microsoft office bagi memudahkan pengiraan stok produk,pengiraan keuntungan
- Mempelajari cara mengambil tempahan melalui atas talian (online)
- Menjadi seorang pengguna internet yang bijak dan berhemah
KISAH KEJAYAAN Q2
KISAH KEJAYAAN Q1